Rhea, Tema WordPress Pertama Jai BlogOhBlog.com 08.11.07

Jai, pemilik baru BlogOhBlog.com mengumumkan tema pertama beliau sejak mengambil alih blog tema WordPress itu daripada pemilik asalnya, Bob. Tema yang diberi nama Rhea itu, boleh dimuat turun mulai esok setelah sedikit kemaskini dilakukan. Jai terlebih dahulu mengaplikasikan tema tersebut kepada BlogOhBlog.com bagi mendapatkan maklum balas daripada pengguna setia tema BOB.
Rhea yang diambil sempena nama anak perempuan beliau merupakan tema pilihan 2 atau 3 lajur dengan ciri-ciri Lightbox Gallery untuk paparan foto pilihan. Berdasarkan sesi percubaan bersama tema baru itu, masa memuat tema baru itu agak baik dan lancar. Aku berikan 4.5/5 untuk tema Rhea itu, permintaan Jai sebagai maklum balas daripada pengguna. Jai turut mengumumkan slogan baru BlogOhBlog.com iaitu “ Of the Bloggers, By the Bloggers, For the Bloggers “.
Untuk pengalaman bersama tema WordPress Rhea, lawati BlogOhBlog.com dan berikan respon anda terhadap tema baru itu. Nantikan download link di sini esok.
p/s : Jai details updated on About. Take a look.
13 Comments
ko mmg macam pembaca berita rancangan oden.net
hahahaha…Bagos betul la..
nnti aku buat bisnes..leh suruh ko tlg promote kan..ekekeke..
p/s: awww…Jay mcm pelakon boliwud.
Thu 8th November, 2007
reply
maaf, Jai sudah berkahwin dan mempunyai anak. Tada.. ayat esei aku mmg xleh challenge la.. huhu. Itukan ayat berita, kene la formal. bp markah sy cikgu??
Thu 8th November, 2007
reply
Hahahha, ayat esei… Nguauauauau
Thu 8th November, 2007
reply
me tumpang lalu jak, bro!
Thu 8th November, 2007
reply
lalu jek.. jemput dulu minum2 nie.. datin da buatkan nih..
Thu 8th November, 2007
reply
aku tengok ok je theme baru dia tapi jauh berbeza ngan yang bob dulu kan?xperlah, paling kurang dia bagi nafas baru
Thu 8th November, 2007
reply
huhu…udah jd cam reporter je ko nie..pas nie amik masscom plak..haha…
Thu 8th November, 2007
reply
xnak.. aku nk jadik lawyer hahah..
Fri 9th November, 2007
reply
heheheheh… tadi terbaca blog dia so aku try tanya. so aku on jer la dah org nak kasi free.
Fri 9th November, 2007
reply
ok la tue.. die pn da ade pengalaman.. aku nie baru setahun pisang je.. kalo ade probs, xde hal kalo nk tanye. hehe
Fri 9th November, 2007
reply
ceit! ingat aku bibik kat laman ni?
Fri 9th November, 2007
reply
aiks.. ade orang terasa ka?? tak tau tak tau..
Fri 9th November, 2007
reply
Make peace, not war!
Sat 12th January, 2008
reply
Wanna say something?
If you've got an opinion about Rhea, Tema WordPress Pertama Jai BlogOhBlog.com - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!