Platform Baru Telefon Bimbit, Android 14.11.07

Open Handset Alliance, kumpulan yang terdiri daripada lebih 30 syarikat pengeluar telefon bimbit dan teknologi terkenal seperti T-Mobile, Intel, NVIDIA dan Motorola telah membangunkan suatu aplikasi yang diberi nama Android, iaitu satu platform telefon bimbit sumber terbuka, percuma, lengkap dan yang pertama sepertinya.
Android akan memberikan telefon bimbit pakej perisian yang lengkap dengan sistem pengoperasian, antara muka pengguna, middleware dan aplikasi asas telefon bimbit. Dibangunkan berasaskan kernel Linux, Android dijangka akan mula dikomersilkan pada pertengahan tahun hadapan. Kit Pembangunan Perisian (SDK) Android boleh dimuat turun sekarang.
Keistimewaan Android sebagai aplikasi telefon mudah alih terkini :
- Sebuah perisian sumber terbuka.
- Aplikasi dicipta sesuai untuk semua jenis telefon mudah alih.
- Platform telefon bimbit tanpa had.
- Pembangunan aplikasi dengan mudah dan pantas.
Preview beberapa laman web dengan pelayar web awal Android.








Laman Web Open Handset Alliance
Google menawarkan $10 million kepada pembangun-pembangun perisian untuk membangunkan aplikasi-aplikasi Android dalam Android Developer Challenge. Anda berminat?
1 Comment
bagus yer blog ni banyak info didalam nya… teruskan usaha… infirmatif sangat yer..
Thu 15th November, 2007
reply
Wanna say something?
If you've got an opinion about Platform Baru Telefon Bimbit, Android - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!