Peperiksaan Akhir Bermula 06.11.07

Water Splash

Peperiksaan Akhir Semester I 2007/2008 aku bermula hari ini. Dengan 80 soalan pilihan, kertas Islam dan Isu-isu Semasa mendahului pencabar-pencabar lain. Kertas-kertas lain sila tunggu dengan sabar ya. Aku akan datang.

Agak kelam-kabut jugak pagi tadi. Macam mane aku leh konfius MSI ngan DSI nih. Patut carik nombor meja tak jumpe, seksyen aku pun xde kat situ. Bila lecturer bagitau, baru aku ingat balik. Adei.. Nasib baek x start lagik. Disebabkan seksyen aku mendahului senarai-senarai seksyen lain dalam DSI tu, dan nama aku pula bermula dengan ‘A’, maka secara tak sengajanya nombor meja aku adalah 1. Haha. Nun di hadapan penjuru kiri.

Disebabkan cuaca hari ini hujan, and mase ondaway nak gi tadi baju aku da berbasah-basah, memang sambil menggigil jugak aku menjawap soalan tadi. Badan aku da beku, so otak memang tak leh nak jalan dengan baik. Ngam-ngam mase, siap. Tamat saja peperiksaan, dengan pantas aku keluar dari dewan. Untuk memanaskan kembali badan dan menstabilkan semula sistem yang tergendala, aku berjalan balik ke kolej. Kasi panas balik semua. Kan??

Apakah selepas ini??

6 Nov 2007 – Islam dan Isu-isu Semasa
13 Nov 2007 – Aljabar Linear
14 Nov 2007 – Komunikasi Rangkaian
15 Nov 2007 – Perisian Sistem
16 Nov 2007 – Struktur Data
22 Nov 2007 – Pembangunan Sistem Maklumat
25 Nov 2007 – Palapes Laut (Latihan Berterusan, Pengkalan TLDM Lumut)

Wish Me Luck and All the Best!!

DSI : Dewan Sultan Iskandar
MSI : Masjid Sultan Ismail
MHI : Malaysia Hari Ini

7 Comments

  • warghh! ko lagi kesian. 3 hari straight… harap ko boleh bernafas dgn lancar di tgh2 exm nnti. heehhee..cop! apekah ade exam utk panapes laut tu? hohoho…wood luck la.

    azrn
    Tue 6th November, 2007
    reply
  • Hahahhahah…. Dahlah DSI tu sejuknya boleh juling otak!!! Nguahahah

    Kalau kamu nak tahu, ada dua matapelajaran yang anda perlu lulus dengan baik untuk buat Master dalam Com Science.

    Aljabar Linear dan Struktur Data (dulu kami panggae Aljebir dengan Data Struct)

    Ada satu lagi

    Matematik Diskret (Descrete Math). Huhuhuhu, clap2, sem ni banyak amik mata pelajaran putus urat leher…. Huhuhuhu

    Azhar Ahmad
    Tue 6th November, 2007
    reply
  • wrftt! tak suka Aljebir…hmph! huhUhuhu…
    org ckp TSK (teori Sains komputer) pon mcm subjek sakit urat!

    azrn
    Tue 6th November, 2007
    reply
  • TSK mudah lah. Syarat dia hanya perlu ikut flow dia. Pembelajaran dia berkait, dari satu bab ke bab yang lain. Terlepas satu kelas, saya boleh katakan, jika anda mahukan B+ ke atas, baik lupakan sahaja… Itu pesanan saya tu…

    Azhar Ahmad
    Wed 7th November, 2007
    reply
  • relax oden..
    aku lmbt lagi
    kuikui

    :P

    Trojan
    Wed 7th November, 2007
    reply
  • orait bro od3n dah letak link ko kat blog aku.. sori la aku budak baru lagi la.. baru 2 hari kat blog nih..

    machevallie
    Fri 9th November, 2007
    reply
  • thanks. oh ya ka.. xpe slow2.. aku pn same cm ko, baru gak.. baru makan.

    od3n
    Fri 9th November, 2007
    reply

Wanna say something?

If you've got an opinion about Peperiksaan Akhir Bermula - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!

:

: