Penyelesaian Serangan Virus New Folder.exe

Mountain

Virus, spyware, malware dan worm merupakan ancaman besar ke atas pengguna-pengguna komputer, terutamanya komputer berinternet. Serangan ini mudah merebak terutamanya melalui pen drive dan disket. Hal ini diperburukkan lagi apabila komputer tidak mempunyai perisian antivirus dan antispyware terkini.

3 perisian penting yang perlu ada di dalam PC sebelum kita bergelumang dengan dunia Internet.

(pastikan semuanya sentiasa dikemaskini)

Ancaman Virus New Folder.exe

Buat beberapa ujian ringkas :

  • Tekan kekunci Ctrl + Alt + Delete secara serentak untuk membuka Task Manager. Paparan berikut akan muncul (Task manager has been disabled by your administrator). Sahih komputer/laptop anda telah terkena virus.

Task Manager has been disabled by your admin

  • Buka My Computer > Tool > Pastikan ada Folder Options.

View Folder Options

  • Klik Start > Run > taipkan msconfig dan tekan Enter. Kalau msconfig tidak muncul, bermakna virus sudah menyekatnya.
  • Klik Start > Run > taipkan regedit dan tekan Enter. Kalau dialog Registry Editor tidak muncul, ertinya komputer/laptop anda telah diserang dengan virus berkenaan.

Kesan – kesan virus ini terhadap komputer anda :

Akses ke Task Manager tidak dibenarkan.
Registry Editor tidak dapat dibuka.
Melaksanakan arahan startup sewaktu sistem bermula.
Mencipta fail baru dengan sambungan .exe dalam fail-fail lain.
Folder Options hilang dari menu Tools.
Menggunakan 50% atau lebih sumber prosessor.

Anda akan dapat melihat terdapat folder yang mempunyai sambungan .exe dalam folder-folder lain selepas kotak Hide extensions for known files types dalam Folder Options dikosongkan.

Show hidden files and folders

 

New Folder.exe

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
@
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
Yahoo Messenger
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
Shell

Penyelesaian :

  • Jalankan aplikasi tersebut.

New Folder.exe Removal Tool

  • Klik Remove Virus From Hard Disk.

New Folder.exe Removal Tool

  • Klik Restore Windows Default Settings.
  • Pilih pada kotak yang berkenaan, Apply dan Ok.

Setting asal anda akan kembali dan semua kesan jangkitan akan terhapus.

P/s : Untuk mengelakkan serangan virus ke atas PC anda ketika mencucuk pen drive, sila klik pada Disable AutoPlay on All Drives. Selamat berjaya!

Kredit :Izoblog