Kesan Virus Ravmon Dan Penyelesaian 15.11.07

Kesan serangan virus Ravmon apabila merebak ke komputer/pen drive.
Apabila membuka cakera keras atau pen drive dengan menekan kekunci kanan tetikus, menu konteks akan memaparkan perkataan yang tidak difahami. Apabila anda klik pada perkataan tersebut, pilihan anda tidak akan dibuka. Sebaliknya tetingkap Open With akan terpapar meminta anda memilih perisian yang mahu digunakan untuk membuka fail tersebut (Choose the program you want to use to open this file). Begitu juga apabila anda cuba membukanya dengan dwiklik pada butang tetikus.
Paparan menu Konteks dan tetingkap Open With


Virus Ravmon juga mengubah suai setting Folder Options komputer. Apabila anda buka Folder Options dan cuba memilih Show hidden files and folders, komputer tidak dapat memaparkan segala fail-fail tersembunyi tersebut. Fungsi Hide extensions for known file types untuk memaparkan sambungan untuk fail-fail juga tidak dapat dilaksanakan.

Masalah ketika membuka Task Manager , Registry Editor dan Command Prompt juga disebabkan oleh virus Ravmon ini.



Bagaimana virus Ravmon merebak?
Virus Ravmon biasanya merebak melalui USB flash drive. Untuk mengelakkan virus ini memecah masuk ke komputer anda, pastikan antivirus dipasang dan dikemaskini, selain tetapkan Disable AutoPlay pada semua cakera anda.
Untuk menghapuskan virus Ravmon dan kesan-kesannya pada komputer anda, gunakan Ravmon Virus Removal Tool 3.2.
Ravmon Virus Removal Tool 3.2
Aplikasi ini menghapuskan kesan serangan virus Ravmon terhadap komputer.
- Masalah membuka cakera keras atau pen drive (paparan tetingkap Open With).
- Folder Options hilang dari menu Tools.
- Show Hidden Files and Folders tidak berfungsi.
- Akses ke Task Manager tidak dibenarkan (Task manager has been disabled by your administrator).
- Registry Editor tidak dapat dibuka (Registry editing has been disabled by your administrator).
- Command Prompt tidak dapat dibuka (The command prompt has been disabled by your administrator).
Aplikasi ini sesuai untuk Windows 2000/Xp.
Nota : Virus Ravmon tidak akan menyebabkan sebarang masalah untuk pengguna Windows Vista.
Keterangan Teknikal Ravmon Virus Removal Tool
Aplikasi ini menghapuskan autorun.inf (yang diletakkan di setiap cakera), ravmon.exe (juga di cakera), mdm.exe, SCVHOST.exe, SVCHOST.ini (fail ini adalah virus dan bukan fail sistem Windows).

Memadam masukan ini daripada Registry
NoFolderOptions, NoControlPanel, DisableTaskMgr, DisableRegistryTools, DisableCMD
Menetapkan setting Registry
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\NOHIDDEN “CheckedValue”=dword:00000002
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\NOHIDDEN
“DefaultValue”=dword:00000002

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL
“CheckedValue”=dword:00000001

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL
“DefaultValue”=dword:00000002
Penyelesaian :
- Download Ravmon Removal Tool 3.2 di sini.
- Jalankan aplikasi tersebut.

- Klik Remove Virus From Hard Disk.
- Klik Remove Virus From USB Drive.
- Klik Restore Windows Default Settings.

- Pilih pada kotak yang berkenaan, Apply dan Ok.
- Restart komputer.
Setting asal anda akan kembali dan semua kesan jangkitan akan terhapus.
P/s : Untuk mengelakkan serangan virus ke atas PC anda ketika mencucuk pen drive, sila klik pada Disable AutoPlay on All Drives. Selamat berjaya!
Perhatian : Sebarang maklum balas dan maklumat pepijat (bugs) yang ditemui amat dialu-alukan untuk penambahbaikan.
Related Articles
- Penyelesaian Serangan Virus New Folder.exe
- Tukar Maklumat Pengguna Komputer Anda
- Start Komputer Dalam Safe Mode
- Cara Menggunakan Beberapa ID Dengan Yahoo! Messenger
- Turn On Remote Desktop Dalam Windows 7
- Menguji Antivirus Anda Sendiri
- Restore Mac Anda Dengan Time Machine
- Zune 2, Pemain Audio Mudah Alih Microsoft Versi Baru
- Lagi Khidmat Daripada Google, Google Shared Stuff
- Windows XP Service Pack 3 Build 3264 – Muat Turun Di Sini!
5 Comments
wah hebat nya tuan oden..terima kasih kerana berkongsi..nak sain nak sain :P
wei takde exam ke?
Sat 17th November, 2007
reply
tgh exam la nih.. br abes 4 paper straight.. se’paper lagi tinggal, 7 hari kemudian. huhu
Sat 17th November, 2007
reply
Big Thanks for od3n.net we’ve got a website to relay.
Sat 17th November, 2007
reply
odenn…
Sat 17th November, 2007
reply
thank you for http://www.od3n.net ‘ve got a website to relay
Sun 25th January, 2009
reply
Wanna say something?
If you've got an opinion about Kesan Virus Ravmon Dan Penyelesaian - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!