$10,000 Untuk BlogOhBlog.com

Tawaran bidaan untuk BlohOhBlog.com akhirnya tamat setelah Bob memutuskan untuk menjual blog tersebut kepada Jai Nischal Verma. Dengan tawaran sebanyak USD10,000, Jai berjaya menarik perhatian Bob untuk dipilih walaupun terdapat bidaan lebih tinggi dengan USD19,500. Semalam, Bob mengumumkan untuk menjual laman web tema Wordpress buatan Malaysia miliknya kepada sesiapa yang berminat. Tawaran itu telah dibuka kepada orang ramai di laman web sitepoint.com
Siapakah Jai Nischal Verma??

Aku cuba meng’Google’ di Internet maklumat berkaitan Jai. Alhamdulillah, aku berjaya menemui beberapa info berkaitan beliau, malah sempat melakukan sesi interview bersamanya melalui IM. Berikut merupakan beberapa hasil temubual tersebut. Hak hak hak..
Nama : Jai Nischal Verma
Umur : 27 Tahun
Tarikh Lahir : 27 Julai 1980
Lokasi : New Delphi, India
Pekerjaan : Freelancer, Designer
Laman Web : http://www.indianwebdesigner.net/, http://www.styleikon.com/
Tambahnya lagi, beliau mempunyai lebih 30 nama domain yang sedang diuruskan. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang grafik selama hampir 6 tahun. Bertanya mengenai BlogOhBlog.com, beliau bercadang untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 tema sebulan. Katanya, tema yang dikeluarkan bakal merevolusikan Wordpress malah lebih hebat daripada tema Bob sekarang. Erm.. sama-sama kita nantikan versi baru BlogOhBlog.com. Jangan sia-siakan usaha Bob selama ini, Jai. Kepada OKB, tahniah Bob!! Makan besar ko.
