Archive for November 2007

ACT Lumut : Latihan Renang 29.11.07

Operasi Gerhana tamat hari ini. Esok mungkin boleh berpakaian 2
bravo. Sabtu nanti, peperiksaan kenaikan pangkat akan diadakan. Hari
ini kami menerima berita gembira bahawa latihan kami akan berakhir 3
Disember depan. Petang tadi, kami ke Kompleks Sukan menjalani latihan
renang. Kedalaman tertinggi di sini adalah 5.10 meter.

ACT Lumut : Operasi Gerhana 28.11.07

Semua Jr Midshipmen menghadiri kelas bermula jam 0800h hingga 1400h
setiap hari. Antara subjek dipelajari termasuk General Navigation,
Seamanship dan DCFF. Latihan Kawad Kaki diadakan pada waktu petang
sebelum EA bersama GI. Lawatan malam terpaksa ditangguhkan beberapa
kali disebabkan TLDM sedang melaksanakan Operasi Gerhana, iaitu
latihan pertahanan pangkalan daripada serangan musuh dan semua lampu
terpaksa dimatikan pada waktu malam. Pasukan musuh terdiri daripada
PASKAL, Pasukan Khas Laut yang terlatih.

ACT Lumut : Alpha Routine 28.11.07

Kursus kali ini disertai Palapes Laut UPM, USM dan UTM. Semua Junior Midshipmen akan menjalani rutin Alpha, manakala Senior Mids menjalani rutin Bravo. Jadual harian bermula jam 0430h, dengan wakie-wakie. Untuk Early Morning Activity (EMA), latihan fizikal bersama jurulatih bermula jam 0450h. Tepat jam 0615h, perbarisan pagi di Wisma Kadet.

ACT Lumut : Welcome To The Hell 28.11.07

Bertolak dari UTM jam 1200h. Berhenti di Melaka untuk solat. Meneruskan perjalanan dan tiba di Lumut jam 2100h. Menikmati makan malam dan menukar pakaian. 2300h, memasuki Pangkalan TLDM Lumut. Melapor di KD Sultan Idris I, Kolej Tentera Laut DiRaja. Sesi taklimat dan berkemas. Pipe down jam… zzz

12 Jam Dan Terus Mengira 24.11.07

Aku baru bangun dari tidur. Mengantuk lagi ni. Masih banyak urusan perlu diselesaikan. Barang-barang untuk dibawa pergi belum dikemas lagi. Beberapa pakaian perlu dibasuh. Badan dah mula rasa sakit-sakit.

Maaf semua. Masa begitu berharga ketika ini. Kepada semua pembaca dan pengunjung, blog ini mungkin akan sunyi untuk 2 minggu ini. Esok, aku akan bertolak ke KD Sultan Idris Shah I, Pengkalan TLDM Lumut, Perak bersama anggota Palapes Laut UTM yang lain. Kami akan menjalani latihan selama 2 minggu di Fakulti Pegawai. Aku akan cuba memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa sepanjang berada di sana.

Doakan keselamatan dan kesejahteraan kami. Jumpa lagi!!