Malaysia Di Angkasa Lepas 21.10.07

Jika tidak kerana kejadian pesawat angkasa lepas Columbia yag meletup dan mengorbankan semua tujuh anak kapalnya pada Februari 2003, sejarah kelahiran angkasawan pertama negara boleh tercatat lebih awal.
Ini kerana mengikut perancangan asal, angkasawan negara akan mengikuti misi penyelidikan penerokaan angkasa lepas dengan angkasawan Rusia pada tahun 2005, sebelum Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menangguhkannya sehingga ke hari ini.
Ia bagi membolehkan NASA menjalankan siasatan penuh ke atas kejadian malang yang menimpa pesawat angkasa lepas Columbia itu, seterusnya memastikan ia tidak akan berulang.
10 Oktober 2007, Malaysia mencipta sejarah dalam bidang aeroangkasa apabila angkasawan pertama negara memulakan misi penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Penghantaran angkasawan pertama negara itu, sekali gus menempatkan Malaysia dalam kumpulan elit 37 negara di dunia yang berjaya menakluki angkasa lepas sejak kejayaan misi pertama manusia ke cakerawala oleh angkasawan bekas Soviet Union, Yuri Gagarin pada 12 April 1961.

Impian Malaysia untuk meneroka angkasa lepas yang dicetuskan sejak 2003, menjadi realiti apabila kapal angkasa Soyuz 15-S yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, selamat dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan..
Pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa kapal angkasa itu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat jam 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia), mencatat satu lagi kegemilangan dalam lipatan sejarah negara di peringkat antarabangsa. Dr Sheikh Muszaphar, 35, juga mencatat sejarah sebagai angkasawan Islam pertama yang berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas.
Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi kapal angkasa seberat 7,170 kilogram itu juga disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia. Di ISS, angkasawan negara akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.

Penerokaan manusia ke angkasa lepas bermula pada April 1961 apabila angkasawan pertama, Yuri Gagarin membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi dengan masa 108 minit, menggunakan kapal angkasa Vostok 1 seberat lima tan.
Maklumat Lanjut :
Agensi Angkasa Negara
Program Angkasawan Negara
Download Video Pelancaran Soyuz Ke ISS
Lagi Berita, Gambar dan Video Angkasawan
Related Articles
- Selamat Kembali Angkasawan Malaysia!
- Kapal Selam Pertama Malaysia Dilancar
- Sputnik Kini 50 Tahun
- Kapal Selam Pertama Negara Tiba 25 Julai
- Salam Aidilfitri 1428H
- Kiva – Pinjaman Yang Merubah Kehidupan
- MV MAHSURI : Selamat Datang
- Selamat Hari Merdeka, Malaysia!!
- Vista SP1, tahun 2008
- od3n.net Dalam Talian
Wanna say something?
If you've got an opinion about Malaysia Di Angkasa Lepas - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!