Doktor Microsoft Sedia Menemui Anda 20.10.07

HealthVault

HealthVaulth, sebuah platfom maklumat kesihatan dan perkhidmatan atas talian daripada syarikat pengeluar sistem operasi dan konsol permainan, Microsoft. HealthVaulth menawarkan 3 perkhidmatan atas talian sebagai strategi pengurusan maklumat kesihatan; HealthVault Search, HealthVault Account, dan HealthVault Connection Center. HealthVault Search adalah kemaskini daripada Live Search Health Tool. Manakala, HealthVault Account dan HealthVault Connection Center menggunakan Windows Live ID untuk melaksanakan proses muat naik, simpanan dan analisis maklumat kesihatan peribadi.

Dengan HealthVault Search, enjin carian akan memaparkan carian daripada pelbagai sumber termasuk artikel-artikel dan wikipedia yang khusus berkaitan kesihatan. Antara muka dan keputusan anda akan ditunjukkan dalam paparan 3 kolum dengan artikel di sebelah kiri, laman web di tengah dan sponsored result di sebelah kanan. Topik yang benar-benar relevan akan dirujuk pada keputusan teratas.

HealthVault

HealthVault Account pula merupakan ciri-ciri tambahan akaun Windows Live anda yang digunakan untuk menyimpan dan berkongsi maklumat kesihatan peribadi. Dengan akaun ini, anda dapat menguruskan rekod keluarga, mengumpul data daripada peralatan komputer, berkongsi maklumat kesihatan dengan doktor, serta menyimpan imej dan keputusan ujian makmal.

Ciri ketiga adalah HealthVault Connection Center, sebuah klien desktop yang digunakan untuk memuat naik maklumat kesihatan dan menganalisis kesihatan pengguna. Melalui aplikasi tambahan, analisis kesihatan pengguna akan ditunjukkan melalui graf dan carta menarik bagi menentukan taraf kesihatan pengguna.

Mungkin selepas ini para doktor perlu bertukar kerjaya, atau sekadar berpuas hati dengan hanya sebuah kereta BMW.

HealthVault

Wanna say something?

If you've got an opinion about Doktor Microsoft Sedia Menemui Anda - then why not say something? You can even subscribe to these comments via RSS!

:

: