2 For 2

Scene

Semasa melayari blog beberapa teman, tulisan Fahmishah mengenai peningkatan PageRank blog Tebaboom.Org kepada 4/10 menarik minat aku. Sejak od3n dot net dilancarkan hampir 2 bulan yang lalu, sudah beberapa kali juga aku memeriksa PR blog ini. Namun, mungkin kerana statusnya yang masih baru, PageRank untuk blog ini hanya menunjukkan N/A.

2 For 2

28 Oktober 2007, sekali lagi aku memeriksa PageRank blog ini dan Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan berblog, Google memberikan PageRank 2/10 untuk od3n dot net. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung dan pembaca setia blog ini. Tanpa sokongan anda, blog ini tidak akan dapat mencapai tahap seperti sekarang. Aku akan berusaha untuk mengekalkan dan seterusnya memperbaiki pencapaian ini dari semasa ke semasa. Sekali lagi, tahniah untuk Pengunjung dan Pembaca Setia od3n dot net.

Page Rank Icon